Want your
own Fotopage?









 
RASIDAH's FotoPage

By: RASIDAH DIMYATI

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]
Thursday, 27-Dec-2007 11:24 Email | Share | | Bookmark
Sistem barter-orkid & spathoglottis



Kasik meleleh tengok gambar di atas, kredit to Shaiful for sharing this photo.

Inilah untungnya berkawan walaupun hanya di alam cyber...
Saling bertukar pokok dikalangan ahli forum..

2 minggu lepas, aku telah poskan spathoglottis seperti di bawah ini kepada Mya, Cgct dan Paradox..




Sebagai balasannya, mereka telah hantar pokok-pokok seperti dibawah ini...

Ini drp Paradox, selamat dipasukan. Spathoglottis Unguiculata



Kredit to Paradox for this photo..spesimen utk pokok ini.


amboi...amboi (wah mcm statement azwan ali plak) senyum smpai ke telinga Mrs Orkid nih dpt anak2 angkatnye yg baru.... yg penting ye cantek sungguh pic2 n pokok2 nih tp ade d sebalik canteknye pokok2 nih hasil camera yg begitu canggih aauuww....!!! i like it' kalah joyah punya camera and GK punya. hiks... ooopssttt joyah lari dulu nahh.... sblm tu harus joyah ucapkan slmt menjaga anak2 pokok yg baru giteeewww.... Fri 28-Dec-2007 10:55
Posted by:joyah_sport joyah_sport@yahoo.com
suka joyah cuci mata *sambil tepuk tgn* Fri 28-Dec-2007 10:56
Posted by:joyah_sport joyah_sport@yahoo.com
Add comment


Thursday, 27-Dec-2007 03:15 Email | Share | | Bookmark
Jamuan Hari Raya Facilities Management Division, MMU.

Ayah sedang berucap..
Menyampaikan hamper kpd Mus krn dpt baru dpt baby.
Mereka ni sedang menjamu selera.
View all 4 photos...
Walau agak terlewat untuk upload, inilah beberapa keping gambar ayah & Aliff yg sempat dirakam oleh Kak Maimon.

Mama & Acap mana? Kena makan kat office ayah sbb Acap sibuk nak menenen dan terus tertidur...he..he...



Care to comment?


Wednesday, 26-Dec-2007 04:42 Email | Share | | Bookmark
Laporan dr taman balkoni EA2003

Alhamdulillah, sekian lama didodoi dengan kasih sayang pokok Hydrangea @bunga zaleha @ bunga kembang seribu @ bunga tiga bulan ku telah mengeluarkan kudup bunga yg masih fragile dan kecil.



Aku akan setia menanti dikau mekar

Bulb microglossum

Sepanjang cuti Aidiladha yg tak kemana tu, aku menelek setiap pokok orkid di rumah...

Yg seronoknya orkid hutan yg dr Sabah dah berbunga...walaupun kecil tapi cukup memuaskan hati..membahagiakan hati ku ini..



ini dia closeup bunga, cuma belum mekar lagi.



Yg ini pulak, Bulb Purpurascens,
bunganya lebih kecil dr tauge..



Gambar pokok keseluruhan..



Terima kasih pd Tontoro kerana bagi id untuk kedua orkid saya yg come nih...

Gambar ini dikongsi oleh Saudara Khairi, spesies yg sama tapi jenis yg sihat..he..he...



Di bawah ni pula koleksi terbaru, Phaleanopsis Bellina.
Gambar sebelum dipindahkan ke fern/batang kayu pakis.


Ini pula gambar selepas dipindahkan,


Harap-harap cepatlah dia berbunga nanti....

caiyok...caiyok..cik puan orkid....perh patut a sambau camera baru... Hydrangea mu itu dah berbunga rupernya...ni mesti tak sabar nak tunggu dia kembang.... Wed 26-Dec-2007 05:30
Posted by:Mama Danish & Dalila  - [Link]
Add comment


Monday, 17-Dec-2007 05:04 Email | Share | | Bookmark
Berani Jadi Boss?Astro Ceria-611

Sampai awal...penonton lain tak masuk lagi.
Berlatarbelakangkan pentas.
lagi...
View all 4 photos...
Berani jadi boss di Grand Hall, MMU.

Aliff excited bila dapat tahu Konsert Akhir Berani Jadi Boss akan berlangsung di Grand Hall...apatah lagi bila ayah dah bawa dia tengok rehearsal...
Asyik remind ayah supaya jgn lupa bawa dia pergi menonton....

Ramai juga selebriti dan artis yg ada, antaranya Apek, Erra Fazira, Elyana, Faboluas Cat, Farah Breep Breep, pelakon Geng Bas Sekolah, Mat Kacau...dan ramai lagi. Tapi cuma sempat snap dgn Abang Zoey sbb kata ayah, artis lain duduk kat bilik VIP jerk...ramai bodyguard yg jaga
..



Apa pun, kita enjoy.........

Amboi-amboi dia, seronoknya dpt jumpa selebriti.....
Lepas ni jgn nakal tau..
Mon 24-Dec-2007 06:23
Posted by:Ayah
Add comment


Monday, 10-Dec-2007 06:57 Email | Share | | Bookmark
Pameran Orkid di SACC Mall, 06/12-09/12/2007.

Yg baru dibeli, rasanya dendrobium.
Juga baru, dendrobium jugak.RM18.
Di tepi tasik.
View all 44 photos...
Masya-Allah, semuanya cantik-cantik.
Tak terkata kecantikan orkid yg dipamerkan.


Idaman hati,


Pemenang tempat pertama, lalu sebelah je dah bau wanginya. Kalau pokok ni ada kat rumah aku, aku cuti seminggu duduk mengadap bunga ni jerk...puas


Yg ni pun tak tahan melihatnya,masya-Allah, cantik,kan....


Orkid pinang yg sedang mekar di taman hatiku...chewah..pujuk dia suh berbunga lagik.

Spathoglottis x personii


Semakin lama dipandang, semakin tak puas.



Hi Lieya, marilah join kawan2 kita semua kat http://oapm.proboards52.com/
Di situ memang ramai geng orkid nih..segala pakar ada.
Mon 10-Dec-2007 11:41
Posted by:Shida rasidah.dimyati@mmu.edu.my
ni kena buat lawatan khas ke rumah cik puan orkid ni Wed 12-Dec-2007 10:50
Posted by:Mama Danish & Dalila  - [Link]
Mekasih.....kalo sudi dtg ler... Thu 13-Dec-2007 04:25
Posted by:Shida  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 10-Dec-2007 05:51 Email | Share | | Bookmark
Perkelahan di Ulu Yam..02/12/2007

Sampai jer ayah sibuk kutip cendawan.
Seronoknya dia...
Asyraaf nangis sekuat hati...
View all 15 photos...
Kami sekeluarga tak pernah lagi kluar picnic bersama-sama. Baik dr masa bercinta, bertunang, kawen dan ada anak...
Ini pun nasib baik akak pegi mengajak, kalo nak harap kami pegi sendri memang tak taulah bila...

Masa baru sampai, sibuk akak suh pilih tempat jauh dr org lain, konon nak privacy. Tapi rupanya bukan setakat privacy...kami dpt rezeki terpijak...he..he...cendawan tanah.

Seronok betul mengutip cendawan, rasanya kali terakhir nampa cendawan face to face masa remaja..tu yg kali ni nampak agak teruja...boleh tunjuk kat anak-anak...

Air kat situ memang sejuk sampai ke tulang. Tak berani aku nak celup kepala...setakat rendam badan sekejap lepas tu lari naik atas...

Tapi Acap takut tengok air, sbb air tu bergerak agaknya..laju pulak tu. Punyalah dia melolong bila ayah nak mandikan dia...

Aliff & Amni sibuk main pasir...tak tahan sejuklah tu. Tapi Irfan steady jerk...

Terima kasihlah kat Wak Ina yg mengajak dan sponsor makan semua, aku sekeluarga bawak perut jerk...ahaks..

wa syoknya aliff & acap p picnic.. bila plak nak p ngan dalila & danish.... Wed 12-Dec-2007 10:55
Posted by:Mama Danish & Dalila  - [Link]
En Tempe..sesekali cek nak posing gedik....belajaq dr hanglah.. Fri 14-Dec-2007 03:27
Posted by:Shida  - [Link]
Jom kita pegi berkelah, Aliff dah beli khemah ..boleh main pondok2 ngan Danish and the gang.... Fri 14-Dec-2007 03:32
Posted by:Shida  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 23-Nov-2007 02:06 Email | Share | | Bookmark
Majlis 'open office' di Distance Education Centre.

Kak Ju & Wani tgh tekun menganyam ketupat!
Interior designer tgh sibuk menghias meja....Kak Ju boleh! Cayal
Wani dah tensen ketupat tak menjadi..sabo Wani..
View all 25 photos...


Dari kiri Juliana, Rasidah, Aswani, Fadli, Halim, En Mahdhir & Nawi. Yg hujung sekali tu bukan DE staff, harap maklum.

Bersempena dengan kedatangan Syawal yg mulia, kami telah sepakat utk mengadakan Majlis 'Open Office' dan menjemput rakan-rakan seperjuangan di MMU ini untuk sama-sama memeriahkan majlis kami ini.

Tugas memasak telah dibahagikan:
1- Kak Ju - Rebus nasi impit, Rendang ayam & Sate goreng

2-Aswani - Pulut kuning, Kari ayam &Paru masak merah

3- Fadli - Rendang ayam pencen anak teruna

4- Aku aka Shida - Kuah sate/kacang, Kuah lontong & Kuih cara berlauk

5- Halim - rebus nasi impit & Buah-buahan (dia diberi kelonggaran sbb org rumah pregnant )

6- En Mahdhir - Kek karot & kek coklat

Selain itu, mereka juga sponsor kuih raya, kerepek dan segala perkara lain yg sesuai utk dikunyah.

Oh ye, sebelum itu, kami bertiga mak-mak org ni telah memasak dadih sebanyak lebih kurang 170 lebih bekas. Ada 3 perasa, kiwi, anggur & laici. Percubaan kali pertama kami telah berjaya, alhamdulillah....cayalah..

Boleh dikatakan semua yg dijemput telah hadir, alhamdulillah...
Yang penting semuanya seronok, baik tuan office aka rumah aka tukang masak, tetamu aka tukang makan, semuanya bergembira pd hari tersebut. Itu yg penting.

Insya-Allah, murah rezeki tahun depan boleh buat lagi. Tapi tak tau arr kalau dah pindah ke building baru. Mungkin office baru tak sebesar office kami sekarang ini.

Akhir kata, terima kasih kepada semua tukang masak yg sporting giler menurunkan kepakaran masing-masing...semuanya sedap-sedap....you all memang best! Luv all of you!

HIDUP DE!






hahahah.... memang best time tuh yg mrs tetak tuh scary ok.. itu kasik warning jgn mkn bertambah ok. Fri 23-Nov-2007 09:18
Posted by:jejaki d minati abbas arief_012@yahoo.com
havoc sgt rasanye DE paling grand skali d mmu....
orked dan teratai pose baikk punya sambil hiject melor d bwh.... hahahahhaha
Fri 23-Nov-2007 09:21
Posted by:jejaki d minati abbas arief_012@yahoo.com
Gambo jejak ad minati abbas dah kena delete ats permintaan tua punya bdn...
Lenkali jgnlah posing gedik giteww.....
Fri 23-Nov-2007 09:21
Posted by:Shida alifinara@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Thursday, 22-Nov-2007 05:57 Email | Share | | Bookmark
Bekerja sambil cuti-cuti M'sia di Kota Kinabalu, Sabah.

Di Pasar Filipina.
Aliff haus, seb baik bwk bekal air dlm botol, adik & abg share.
Bot nelayan di pelabuhan.
View all 36 photos...


Merupakan perjalanan yg agak last minute atau bidan terjun. Tak merancang untuk ke Sabah tetapi sekadar untuk melengkapkan invigilator list utk Trim 1, 07/08.

Puas memujuk ayah utk ikut sekali, reason paling kuat utk bawa semua org ialah...Asyraaf susu badan so memang kena bawa dia...

Cuma mungkin waktu kurang sesuai, trip kami ni pd bulan puasa. Nak berjalan sgt pun argghhhh...penat, dahaga..semua ada. So daily routine, pegi invigilate exam dekat Karamunsing, balik ke hotel...beli juadah berbuka di gerai2 di hadapan hotel, jalan2 ke Pasar Tamu dan juga Pasar Filipina.

Ini juga merupakan pengalaman pertama berpuasa di Sabah. Sedia maklum, waktu berbukanya awal sejam dr semenanjung, begitu juga waktu imsak. Pukul 8 mlm kami semua dah masuk tidur....

Tapi yg bestnya, dapat beli orkid slipper ...murah jer, mcm nyesal tak beli byk2 pulak.

Hari ketiga semua org dah boring, igt nak balik jer..tapi malangnya flight delay pulak, elok2 boleh sampai rumah sebelum berbuka ni terpaksa berbuka dlm flight. Masa tu tayar dah jejak ke bumi Sepang. Nak tak nak terpaksa berbuka dgn air mineral dan gula2 Aliff...kih..kih..kih..

Care to comment?


Tuesday, 20-Nov-2007 06:57 Email | Share | | Bookmark
Seindah taman hati...

Koleksi orkid duduk atas stand
My slipper orchid, tak taulah bila dia nak berbunga.
Orchid slipper too, tapi daunnya ada corak.
View all 15 photos...
Idaman hatiku selalu...orkid slipper only found in Sabah. Lucky dah dapat benih dan dah dah tanam..harap2 akan kluar spike dan seindah gambar ini. Kredit to Bical for this photo.


Dendrobium ku sedang mekar, warna asalnya light purple, tapi bunga yg kluar dr spike dan keiki baru ni jadi dark purple. Mungkinkah kerana khasiat air basuhan beras?



Dendrobium also, but actually the colour is maroon, don't know how looks like purple also.



Dendrobium also, but it's not mine....hu..hu..



This one cattleya, belong to Kak Ju's mother. Cantik siutt...



Phalaenopsis Bellina, wajahnya seindah nama, baunya semerbak harum, tapi hanya ada di Sarawak...oh tidak, apakan daya...


wah dah lama ko bukak fotopages baru nak bagitahu aku yek... sabor jek....
hehe suka gak poko bunga ko... nanti kalau ko turun sabah lagi boleh la aku pulak memesan pokok2 bunga tu.. dah........
Wed 21-Nov-2007 02:50
Posted by:shah bariah_77@yahoo.com  - [Link]
Memang kena masuklah gambo munger akak tu, sbb cantik banget!
Thanks 4 sharing the photo, boleh buat tambah koleksi gambo bunga.....
Thu 22-Nov-2007 03:50
Posted by:Shida rasidah.dimyati@mmu.edu.my
Ampun Bariahhh.....sebenonya aku tak rajin nak update tu yg maleh nak kasik tau kat ko tuhh.. Thu 22-Nov-2007 03:53
Posted by:Shida rasidah.dimyati@mmu.edu.my
View all 4 comments Add comment


Saturday, 27-Oct-2007 01:47 Email | Share | | Bookmark
Wajah kesayangan hamba...

Ready membonceng...sebelum jatuh basikal senyum sokmo Aliff.
Mahiran & Jasnita Amni
Ntah apa yg syok sgt angkat tgh camtu!
View all 36 photos...
Inilah wajah-wajah yg menjadi idaman hatiku....
Semoga kalian sihat sejahtera selalu.



Care to comment?


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.