RASIDAH's FotoPage

By: Shida Shida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 14-Jan-2009 04:52 Email | Share | | Bookmark
My lovely Acap bersama 'kuda'.

Acap ni bukan kira tempat nak tunggang kuda kesayangannya tuh..









Wednesday, 14-Jan-2009 04:27 Email | Share | | Bookmark
Hari Konvokasyen....ala Tadika jer.

 
 
 
View all 24 photos...
Arrghhh..lamanya tak update fp aku nih, asyik update blog sana jer....ops, nak promote skit, http:orkidku.blogspot.com

Hari Konvo Tadika Az-Zahrah yg merupakan acara tahunan ini sememangnya selalu dinanti-nantikan.

Lihatlah wajah² ceria Aliff & rakan²nya pada hari tersebut.

Aliff, persembahan pertama, lagu Burung Kakak Tua.


Selesai persembahan, bersama rakan,




Persembahan kedua,




Menanti dipanggil untuk menerima hadiah,


Waktu ini biodata pelajar sedang dibacakan....yg terkejut cikgu kata cita² Aliff nak jadi doktor...


Serius jer muka,


Ok..dah dpt hadiah berserta trofi Pelajar Terbaik Akademik Tahun 5 2008.




Tahniah dari mama, ayah dan adik untuk Aliff, semoga terus cemerlang dan menjadi insan bertakwa.Aminn....


Thursday, 4-Dec-2008 06:38 Email | Share | | Bookmark
Aliff, geng baru ...basikal baru.

Dari kejauhan, budak² tgh berkumpul.
 
 
View all 6 photos...
Sebelum berpindah, kami risaukan Aliff takde kawan nanti.....
Rupanya sangkaan kami meleset, kawan sekolahnya memang ramai kat taman ni.

Buktinya, tuu......




Yg kesiannya, Aliff selalu ditinggalkan kerana naik basikal kecik..berbanding dengan kawan²nya yg naik basikal besar.

Jadi, kami pun belikanlah basikal baru supaya Aliff dapat bersaing dengan kawan²nya dan tidak ditinggalkan lagi dibelakang.

Basikal baru,

Basikal lama,

he..he..he......


Monday, 17-Nov-2008 07:34 Email | Share | | Bookmark
Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

 
 
 
View all 30 photos...
Kesempatan berada di Kuala Terengganu tidak dilepaskan untuk melawati Taman Tamadun Islam.

Memang cantik pemandangan di sini, ditambah dengan binaan replika masjid² di seluruh dunia yg agak menyerupai binaan asalnya...hik..hik...macamlah aku pernah tengok sendiri binaan asalnya.

Jom....

My beloved 'anak bujang'....


Lagi gambar,








Friday, 14-Nov-2008 03:42 Email | Share | | Bookmark
Satar

Satar yg siap dibakar, tunggu masa utk dipilih.
Adunan satar.
 
View all 6 photos...
Menjejakkan kaki di Kuala Terengganu membuatkan ku tercari² satar....
Tapi malangnya aku tak jumpa setelah 4 hari di sana. Ermmm......nak tunggu pasar malam tak taou bila pulak...

Rezeki, dalam perjalanan ke Kuantan, di sepanjang jalan area Marang....terjumpalah satu gerai yg menjual satar. Tak lepaskan peluang, kami berhenti untuk membelinya...(kebetulan budak² tidur, bolehlah membeli dengan aman....)

Satu cucuk ada 4 kelongsong cuma RM1. Ermmm...murahnya. Teringat pulak Kak Ju yg teringin sgt nak makan satar ramadhan yg lepas, call dia tanya nak tak..memandangkan satar yg telah dibakar tahan sehingga 2 hari....

Jadi kami beli utk diri sendri RM4 dan utk Kak Ju RM5. Memang banyaklah.....

Sempat juga melihat satar yg belum dimasak...isi ikan kelapa dan cili api potong.

Gerak jer kereta, terus menikmati satar...ermm...sedapnya. Panas² pulak tu....memang pure rasa ikannya.

Rupanya sepanjang jalan tu ramai yg menjual satar...memang tempatnyalah tu...Patut arr carik kat KT takde..hi..hi..hik....

Lain kali kalau lalu di situ lagi, wajib beli satar yg sedap itu...rugi kalau tak beli..


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net